Online Diary KUPU-Kupu: June 2012

Sunday 17 June 2012

  • jaga dirimu adik ! =) Allah bantu pejuang agamaNya. Miss you sis..
  • Rindunya akak dekat adik! akak doakan adik sentiasa teguh dalam perjuangan ini, mudahan sentiasa dalam perlindunganNya.. :)
Alhamdulillah Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Mengetahui..=) Apa yang terbaik untuk saya hanyalah DIA yang lebih dahulu aturkan untuk saya..
Just remember that He is always there…:)..tegarlah diri membina keyakinan..hadirlah ketenangan dan keyakinan dengan iringan kasih sayangNya..insyaAllah..janji Allah itu benar..pastikan terjadi, yakinlah !
Jazakallah kheir temanku, hadirnya dirimu mengingatkan diri ini bahawa janji Allah pastikan berlaku..cuma masanya belum tentu dalam keinginan dan kehendak kita atau tidak..DIA ada perancangannya yang tersendiri kerana DIA Mengetahui yang terbaik untuk kita…:) Tegarlah hati membina tarbiyah iman..bukankah ujian itu adalah tarbiyah dari Allah..mehnah dalam perjuangan adalah suatu kepastian kerana di penghujungnya ada syurga menanti yang bukan senang mendekati dan maharnya sangat tinggi nilainya!
'My dear sahabat, if u see the rain showering the earth outside there..the rainfall is non stop right? thats the analogy of the hope for Allah to shower you with His blessing, non stop..mencurah-curah..deep in my heart i could feel He is going to give you something really special..i strongly believe and sense this..thanks ukhti..uhibbukum..nothing except for the sake of His love..'
:) Alhamdulillah..ameen, insyaAllah..moga doamu sahabat diangkat tinggi oleh malaikat dan dimakbulkan Allah…kerana ukhwah itu sangat indah… tak dapat nak digambarkan…kita bersama seiringan..membina tarbiyah dan mendidik jiwa dalam satu matlamat..redhaNya kita jejaki seiringan..:) Alhamdulillah..kita bersama dalam suka dan duka..dalam tangis dan tawa kita bersama..anjurkan itu dan ini..i'm proud of you all akhawat..ana uhibbukum fi Al Islam..fillah…:) Berakhir di kolej tidak bermakna berakhirnya hubungan kita..ikatan kasih sayang kita diikat dengan tali Allah, dengan akidah yang satu, berTuhankan Allah Yang Maha Esa, kalimah syahadah bersemi di hati, mengadap kiblat yang sama..:) walaupun saujana di mata namun di hati hanyalah seinci…
Akhawat yang dikasihi fillah,
ana tidak memerlukan seseorang yang sempurna untuk dijadikan sahabat, memadailah seorang teman yang membuatkan ana berasa sempurna apabila mengenalinya..syukran sahabiah fillah..antum menyempurnakan dan menyerikan hari-hari ana di kolej..moga ikatan hati kita sentiasa dibajai dengan cinta rabitah…ameen..insyaAllah ~
Dalam kesakitan teruji kesabaran,
dalam perjuangan teruji keikhlasan,
dalam ukhuwah teruji ketulusan,
dalam tawakal teruji keyakinan,
Hidup ini amat indah jika segalanya kerana Allah ..~
"cukuplah bila aku merasa mulia kerana Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai"
Saiyidina Umar Al Khattab
Tiada yang lebih manis dari mengenangkan bahawa segala yang terjadi adalah peraturan dari Allah..pasti ada jalan keluarnya dalam kekusutan itu, pasti ada hikmahnya dalam apa yg tersimpul itu..cuma kesabaran dalam menantikan apa yg tidak pasti seringkali membuat kita tersungkur, tambahan terpukul dengan debu-debu dosa dunia..peringatan buat diri sendiri..Ya Allah, sambutlah tanganku ini, pimpinlah ke arah redhaMu dalam apa jua yang kulakukan, kumencari suatu rahsia dalam mendidik sebuah keikhlasan agar ianya kekal bertapak di hati ini..Ya Allah, kurniakanlah sebuah ketenangan dan kebahagiaan kepada kami yang segenap ini mendaki langit kehidupan..terkadang tersungkur menilai kaca dan permata, membezakan keperluan dan kehendak, berilah kami hidayahMu, temanilah akal kami dalam membuat pertimbangan, pandulah hati kami dalam mencapai pengetahuan yang sebenar tentangMu..sekian lama kami mencari punca cahayaMu, dekatkanlah kami kepada cahayaMu, terangilah jalan kami dengan petunjukMu..Ya Allah, Kaulah sebaik-baik penolong maka tolonglah kami ini.
Sekian lama ku mencari dan ku jejaki,
rahsia sebuah keikhlasan,
rahsia sabar yang indah,
rahsia ketaqwaan,
rahsia menyalakan zikir,
rahsia sebuah kesyukuran,
rahsia redhanya pada takdirMu,
rahsia senyuman yang menggembirakan…
Ya Allah, thabatkanlah hati-hati ini pada jalanMu ..
moga insan-insan lain juga merasai kemanisan dan kenikmatan ini..
O My Lord, I turn to YOU..
~ Allahuma Faqihna Fid Deen..~
Ameen~ Bi iznillah Ya ILAHI..

"Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik"
(Al A'raf:56)
'Sekali-kali Allah tidak mengurniakan nikmat kepada seorang hamba, kemudian Dia tarik nikmat itu dan Dia gantikan dengan kesabaran, kecuali bahawa Allah menggantinya dengan yang lebih baik dari apa yg Dia cabut darinya'
(Umar Abdul Aziz r.a)
Alhamdulillahi Rabbil 'Aalamin, akhirnya saya juga yang tenang dengan apa yang telah Allah tentukan untuk saya. Alhamdulillah saya mempunyai keluarga, teman-teman, sahabat-sahabat, kakak-kakak dan orang sekeliling yang selalu mengingatkan saya tentang Zat-zat Allah yang tiada tandingannya. Alhamdulillahi Rabbil 'Aalamin. Saya juga punya teman sejati yang selalu saya tatap usai solat. Menatapnya umpama membaca puisi indah karangan zaman Inggeris classic. alhamdulillah..indahnya ayat-ayat AlQuran..Moga berterusan saya kekal dengan teman yg ini. :) Tiada kata selain pujian yang hanya layak bagi Allah. :) kerana menemukan saya dengannya kerana saya juga memiliki quran dalam tafsiran arab pemberian abang sulung dari Mesir. Agaknya maksud tersirat abang untuk saya mendalami bahasa arab..insyaAllah..jika diizinkan nanti..:)
Tiada pengharapan hanya pada Allah Yang Khaliq. Ya Allah, sungguh ku memohon kepadaMu kebaikan pada hari ini, dan akan datang, kemudahan dalam mencari rezeki yang halal dan baik, pertolonganMu, taufiqMu dan ketetapan untuk mengikuti petunjukMu. Ya Dzaljalali Wal Ikram..kuatkanlah genggaman tanganku terhadap imanku kerana hanya Kaulah tempatku bersandar pada segala urusanku..Ameen..insyaAllah ~
syukur.zikir.sabar
di dalamnya terdapat kebahagiaan dan pahala..ketenanganku ada pada solat dan istigfar…
denganMu kupunyai segalanya…ku hadir padaMu, Allah Rabbul Izzati ~
Saya yakin segala yang terjadi pasti ada hikmahnya. petiklah hikmah dari setiap cubaan yang Allah berikan..moga hadirnya kekuatan dan ketenangan dalam menempuhi ujian di dunia ini..insyaAllah ~
Doakan kejayaan kami di sini..exams final bakal menjelang tidak kurang 40 hari lagi..debarannya hanya Allah yang tahu..doakan kami diberkati ilmu yang dipelajari dan dipermudahkan dalam mengulangkaji pelajaran..ameen..insyaAllah..moga diangkat tinggi doa dari teman-teman dan sahabat sahabiah sekalian.. ;)
moga hadirNya menemani perjalanan kami di sini dengan iringan kasih sayangNya..
tersenyumlah dengan senyum yang menggembirakan..biarkan kedukaan itu di langit!
Jazakumullah khairan kathira semua :)
doa ana moga kalian semua sentiasa diberkati dan dirahmati Allah..ameen ~

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Harapan ku tambatkan di 
 setiap sujud malamku
Ketika cinta bertasbih 

bagai cahaya tak bertepi
Anugerah terindah itu 

yang ku impikan
Tuhan bimbing cintaku
Cinta kerana Ilahi

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen